PERJUMPAAN RUMAH KALI KEDUA



Astaka Perdana Sekolah, 3 Feb- Perjumpaan rumah kali kedua ini telah dihadiri oleh penasihat rumah, penyelaras rumah, ketua guru rumah, guru-guru rumah dan semua ahli rumah Bendahara. Ketua Guru Rumah Bendahara, Puan Norizah binti Baba telah memulakan perjumpaan yang julung-julung kalinya diadakan dengan memperkenalkan kesemua ahli jawatankuasa serta para guru pada tahun ini kepada ahli Rumah Bendahara. Seterusnya, beliau memberi sepatah dua kata bagi meneruskan aktiviti perjumpaan pada kali ini. Beliau mahu para pelajar memainkan peranan masing-masing dalam menaikkan markah rumah agar dapat mengekalkan kejuaraan lima tahun berturut-turut. Kemudian, lagu dan sorak rumah dinyanyikan dengan penuh semangat diiringi tepuk rumah. Selepas itu pula, Ketua Rumah Bendahara, Muhammad Syafiq b. Omar telah diminta untuk memberikan ucapan. Encik Husaini mahu kami membolot kemenangan dalam semua kategori iaitu 3k, sahsiah, akademik dan kokurikulum sekali gus diumumkan sebagai rumah terbaik pada akhir tahun nanti.

No comments:

Post a Comment

Followers