Dewan Sultan Muzaffar Syah, 3 Jan- Hari ini merupakan hari pertama persekolah bagi tahun 2010. Bagi menyemarakkan lagi semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis penganugerahan watikah pelantikan kepada Majlis Rumah, Pengawas Sekolah, Badri, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, PRS dan Didikom. Majlis telah disempurnakan oleh dua orang bekas pelajar MOZAC, En. Abdul Rahim bin Ahmad, SPM 1980 yang sekarang ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Sektor Penguatkuasa dan Inspektorat IPTS, Kementerian Pengajian Tinggi dan En. Meor Hafizan Abdul Ghani, SPM 1998 yang juga merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Diharap para pemimpin pelajar sekolah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab bagi memantapkan lagi prestasi sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment