FRSIS 2012

Dari 26 hingga 31 Mac 2012 yang lalu, MOZAC telah menjadi tuan rumah untuk Fully Residential Schools' International Symposium kali ke-2. Symposium ini telah melibatkan sebanyak 63 buah SBP dan 17 buah negara luar seperti Thailand, Singapura, Netherland dan Italy. 

Hari Pertama
pendaftaran peserta dari SBP
taklimat tentang symposium
sesi ice-breaking bersama peserta SBP
persiapan terakhir untuk pembentangan





Hari Kedua
pembentangan secara 'parallel session' daripada peserta SBP di lima lokasi yang berbeza
pendaftaran peserta dari luar negara di Puteri Resort, Ayer Keroh
ice-breaking untuk peserta dari SPB dan luar negara







Hari Ketiga
'Keynote Address' daripada Tun Dr Mahathir Mohamad
Ceramah daripada Dato' Zuraidah Atan 
Makan Malam bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam
persembahan kebudayaan dari pelajar MOZAC dan peserta luar negara




Hari Keempat
pembentangan dari peserta luar negara dan peserta SBP yang terpilih (peringkat antrabangsa)
Knowing Me Knowing You Session
Malacca Heritage Tour




Hari Kelima
majlis penutup FRS International Symposium 2012 di Dewan Sultan Muzaffar Syah dan Dataran Tun Mamat



sekalung penghargaan diberikan kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan program peringkat antarabnagsa ini. Semoga MOZAC dapat terus memacu kejayaan di masa hadapan.

Ujian 1 & keputusan SPM 2011

Ujian 1 2012 telah dijalankan pada 19, 20, 21 Mac yang lalu. Semua pelajar tingkatan 1 hingga 5 telah menduduki ujian semester itu. Pada 21 Mac 2012, keputusan SPM 2011 telah diumumkan. Seramai 51 orang pelajar tingkatan 5 berjaya mendapat keputusan keseluruhan A+. Warga Bendahara mengucapkan tahniah dan semoga maju jaya.

Majlis Pelantikan KT, PKT & Ketua Kamar

pada 13 Februari yang lalu telah berlangsungnya Majlis Pelantikan Keua Kelas, Penolong Ketua Kelas & Ketua Kamar. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Pn. Munira Mohamed Dum & En. Husaini Zakaria. Terdapat 24 ketua kamar Aspura dan 16 ketua kamar Aspuri. Ketua kelas seramai 22 orang dan penolong ketua kelas seramai 22 orang. Majlis telah disempurnakan oleh En. Hussin b Chek, Ketua Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Melaka. Semoga mereka yang terpilih dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan sebaiknya.

Majlis Maulidur Rasul 2012

Pada 5 Februari, MOZAC telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang bertempat di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Majlis ini diadakan adalah untuk menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Majlis dimulakan dengan perarakan dari bengel Kemahiran Hidup ke Dewan Sultan Muzaffar Syah mengikut rumah sukan. Perakan tersebut merupakan satu-satunya acara yang dipertandingkan pada hari tersebut. Markah atau poin dikira dari segi kekemasan, disiplin dan kreativiti rumah masing-masing.

Acara seterusnya telah diadakan di dalam dewan. terdapat pebagai persembahan seperi tilawah Al-Quran, marhaban dan nasyid. Acara kemucak pada hari itu ialah ceramah dari Encik Norazmi b. Md Nor. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Mencintai Rasulullah.' Ceramah beliau telah menyentuh tentang hidup Nabi Muhammad dan berjaya menyentuh hati para pelajar MOZAC. Diharapkan apa yang telah disampaikan dapat memupuk semangat dakwah dalam hati pelajar MOZAC.

Kemudian, penyampaian cenderamata dan hadiah untuk acara perarakan telah berangsung. Rumah Bendahara telah berjaya merangkul tempat keempat dalam acara tersebut. Tahniah diucapkan kepada Bendahara. Diharapkan majlis ini dapat memupuk semangat cinta kepada Rasulullah dengan lebih mendalam lagi.





Perjumpaan Rumah Kali Pertama 2012

Pada 10 Januari yang lalu, Rumah Bendahara telah mengadakan perjumpaannya yang pertama bagi sesi 2012. Perjumpaan itu diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah dan dihadiri semua ahli Bendahara dan guru Rumah Bendahara.
Pada perjumpaan kali ini, Majlis Tertinggi Rumah Bendahara telah diperkenalkan dan beberapa orang guru telah memberi ucapan. Antara guru yang memberikan ucapan ialah En. Husaini Zakaria dan Pn. Amesah bt. Awwal. Ahli Rumah Bendahara digesa untuk terus mengekalkan kecemerlangannya sebagai rumah sukan terbaik. Beberapa aspek seperti akademik, 3K dan Kokurikulum juga turut disentuh.
Pada perjumpaan itu juga, Ketua Rumah Bendahara, Muhammad Natasha Azad turut memberikan sepatah dua kata. Diharapkan kesemua ahli Bendahara dapat bersatu dan bekerjasama untuk meningkatkan kecemerlangan Bendahara seterusnya mengekalkan kecemerlangan yang diperoleh.

MSR & Talentime

Bermula dari 4 hingga 13 Januari yang lalu telah berlangsungnya Minggu Silatur Rahim MOZAC. pelbagai taklimat telah diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 agar mereka lebih mengenali MOZAC dengan lebih mendalam. MSR telah melibatkan para guru badan-badan khas seperti badan pengawas, BADRI, PRS dan sebagainya.




Kemuncaknya ialah pada 13 Januari 2012 di mana malam penutup MSR atau malam Talentime dijalankan. Pada malam tersebut para pelajar tingkatan 1 diberi peluang untuk membuat persembahan berdasarkan tema Kesultanan Melayu Melaka. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah, sketsa, dikir barat, boria, koir dan sebagainya. Para pelafar tingkatan 1 dibenarkan pulang ke rumah selepas tamat Majlis Talentime. Diharapkan para tetamu yang menghadiri Majlis Talentime terhibur dengan persembahan pelajar tingkatan 1 yang menceriakan.



Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu 2012

Pada 4 Januari yang lalu telah berlangsungnya pendaftaran pelajar tingkatan 1 tahun 2012. Seramai 139 pelajar telah mendaftarkan diri pada hari tersebut. Pendaftaran dimulakan seawal jam 8.00 pagi di perkarangan Dewan Sultan Mansor Syah (dewan terbuka).

Pendaftaran kelas telah dijalankan di dalam Dewan Sultan Muzaffar Syah. Ketua Menteri Melaka juga telah melawat ke MOZAC pada hari itu untuk meninjau suasana hari pertama persekolahan. Taklimat telah disampaikan oleh pentadbir sekolah pada tengah hari.

Pendaftaran asrama dijalankan selepas itu. para pelajar tingkatan satu juga dibenarkan untuk keluar bersama ibu bapa sehingga jam 4.30 petang. Tahniah kepada pelajar tingkatan satu yang menempatka diri di MOZAC. Semoga dengan kehadiran mereka dapat meningkatkan kecemerlangan MOZAC.

Followers