Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu 2012

Pada 4 Januari yang lalu telah berlangsungnya pendaftaran pelajar tingkatan 1 tahun 2012. Seramai 139 pelajar telah mendaftarkan diri pada hari tersebut. Pendaftaran dimulakan seawal jam 8.00 pagi di perkarangan Dewan Sultan Mansor Syah (dewan terbuka).

Pendaftaran kelas telah dijalankan di dalam Dewan Sultan Muzaffar Syah. Ketua Menteri Melaka juga telah melawat ke MOZAC pada hari itu untuk meninjau suasana hari pertama persekolahan. Taklimat telah disampaikan oleh pentadbir sekolah pada tengah hari.

Pendaftaran asrama dijalankan selepas itu. para pelajar tingkatan satu juga dibenarkan untuk keluar bersama ibu bapa sehingga jam 4.30 petang. Tahniah kepada pelajar tingkatan satu yang menempatka diri di MOZAC. Semoga dengan kehadiran mereka dapat meningkatkan kecemerlangan MOZAC.

No comments:

Post a Comment

Followers