MSR & Talentime

Bermula dari 4 hingga 13 Januari yang lalu telah berlangsungnya Minggu Silatur Rahim MOZAC. pelbagai taklimat telah diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 agar mereka lebih mengenali MOZAC dengan lebih mendalam. MSR telah melibatkan para guru badan-badan khas seperti badan pengawas, BADRI, PRS dan sebagainya.




Kemuncaknya ialah pada 13 Januari 2012 di mana malam penutup MSR atau malam Talentime dijalankan. Pada malam tersebut para pelajar tingkatan 1 diberi peluang untuk membuat persembahan berdasarkan tema Kesultanan Melayu Melaka. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah, sketsa, dikir barat, boria, koir dan sebagainya. Para pelafar tingkatan 1 dibenarkan pulang ke rumah selepas tamat Majlis Talentime. Diharapkan para tetamu yang menghadiri Majlis Talentime terhibur dengan persembahan pelajar tingkatan 1 yang menceriakan.



No comments:

Post a Comment

Followers