Pendaftaran Asrama 2012
Pada 3 Januari 2012 yang lalu, telah berlangsungnya pendaftaran asrama bagi sesi 2012. Kesemua pelajar tingkatan dua hingga tingkatan lima telah mendaftar pada hari tersebut. Ketua rumah dan penolong ketua rumah serta majlis tertinggi badan pengawas pulang ke asrama lebih awal untuk mambantu guru menjalankan sesi pendaftaran tersebut. Pendaftaran bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Para pelajar telah ditempatkan di dorm masing-masing dan aktiviti dijalankan seperti biasa selepas sesi pendaftaran itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment