Dewan makan Sekolah, 28 Jan-Gotong-royong dihadiri oleh beberapa orang guru Rumah Bendahara, AJK Rumah Bendahara serta pelajar tingkatan 1 dan 2. Ketua Rumah Bendahara telah mengagihkan tugas supaya gotong-royong tersebut berjalan lancar. Ahli rumah telah bekerjasama menyusun, membersihkan dan menghias meja-meja tersebut. Ahli rumah diingatkan supaya menyusun sudu dan garfu masing-masing supaya dapat disediakan oleh AJK bertugas. Guru-guru Rumah Bendahara juga telah turut serta membantu menyediakan peralatan yang telah dibeli oleh mereka.
Majlis pada malam itu bermula dengan ketibaan tetamu kehormat dan nyayian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya. Selepas bacaan doa pula, Ketua Rumah Bendahara, Muhammad Syafiq b. Omar telah memberikan ucapan. Kemudian, hadirin menikmati hidangan yang disediakan sambil dialunkan beberapa lagu instrumental. Setelah selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Guru Rumah, Puan Norizah binti Baba dan Penyelaras Rumah, Puan Hajah Amesah binti Haji Awal. Mereka mahukan semua ahli Rumah Bendahara bekerjasama dan membantu manambah markah rumah di samping kreatif dalam mencari sumber kewangan rumah. Pengerusi majlis juga telah mengimbau kembali kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi Rumah Bendahara sepanjang tahun 2009. Majlis yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Selepas itu, ahli rumah bekerjasama mengemas semula Dewan Makan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment