HARI SUKAN SEKOLAH

Sabtu, 10 April- Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Seawal 7.00 pagi lagi pelajar telah bergerak menuju ke padang sekolah bagi menjayakan Hari Sukan sekolah bagi tahun 2010. Pelajar telah berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing dan diberi taklimat oleh guru rumah. Setelah ketibaan tetamu kehormat, majlis dimulakan dengan perbarisan masuk setiap rumah. Rumah Bendahara sekali lagi menjadi tumpuan dengan tema berunsurkan filem mega Transformers. Maskot pada tahun ini adalah Bumblebee rekaan Cikgu Husaini Zakaria disertai dua orang pemegang panji yang mengenakan pakaian gaun ala futuristic princess dan pakaian futuristic prince bagi lelaki. Semua peserta kawat kaki mamakai kostum robot dan turut berkawat dengan gaya robot. Sejurus selepas tamat perbarisan masuk, acara sorak rumah pula dimulakan. Pasukan sorak rumah Bendahara merupakan pasukan kedua yang membuat persembahan. Mengenakan kostum tree bee, pasukan sorak rumah Bendahara berjaya membuat persembahan yang bertenaga dan penonton tidak kering gusi. Selepas itu, acara diteruskan dengan pertandingan olahraga. Ahli rumah telah bersama-sama memberi semangat kepada atlit rumah yang bertanding. Kemudiaan, upacara penutup berlangsung dan semua pelajar berkumpul di astaka. Keputusannya, rumah Bendahara berjaya mendapat tempat kedua bagi pertandingan sorak rumah, tempat pertama bagi kawat kaki dan maskot, serta johan kategori lelaki A. Namun, hanya mendapat tempat keempat keseluruhan bagi Hari Sukan sekolah tahun ini. Semua pelajar bersurai selepas goton-royong membersihkan padang sekolah. Untuk berjaya, kita harus belajar menerima kekalahan..Brighter, Bolder, Better!

No comments:

Post a Comment

Followers