PERSEDIAAN HARI SUKAN SEKOLAH TAHUN 2010

Sepanjang minggu ini, semua pelajar bertungkus lumus menyiapkan diri bagi melaksanakan hari sukan sekolah. Hari Sukan pada tahun ini akan diadakan di padang SM Sains Muzaffar Syah, Melaka. Ahli rumah Bendahara telah mula berlatih mengikut acara masing-masing. Tidak ketinggalan juga, kawat kaki dan pasukan sorak rumah. Dengan tema Futuristic, ahli rumah telah memerah keringat menyiapkan segala keperluan. Walaupun terpaksa tidur lewat, ini tidak melunturkan semangat ahli rumah. Semoga rumah Bendahara akan berjaya semasa hari sukan nanti. Brighter, Bolder, Better. Together we are Bendahara.

No comments:

Post a Comment

Followers