Hari Kokurikulum 2011

Pada 15 Oktober 2011,Hari Kokurikulum yang dirasmikan oleh Yang Di Pertua Alumni, En. Ali  bin Kasimin ini telah diadakan bagi menyampaikan anugerah kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah hingga ke persada antarabangsa. Hari kokurikulum ini telah dijayakan oleh seluruh warga MOZAC. Pertandingan yang diadakan pada Hari Kokurikulum ini ialah kawad kaki antara pasukan badan beruniform, pameran dan gerai jualan. Tokoh Kokurikulum dengan bangganya  telah dianugerahkan kepada Alia Anin Azwa Bakri daripada rumah Bendahara. Alia Anin Azwa Bakri telah mengharumkan nama sekolah dan negara hingga di peringkat antarabangsa dalam permainan catur. Selain itu, para pelajar yang mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang kokurikulum/koakademik juga diraikan bersama penerima warna penuh dan separuh.

Pasukan juri

Kawad kaki Kadet Remaja Sekolah


Kawad kaki Jabatan Pertahanan Awam

Pasukan kompang
Kawad kaki PKBM

Kawad kaki BSMM
Pasukan Taekwando

Pameran F1

Senarai penerima anugerah utama kokurikulum 2011 :

Tokoh Koukurikulum : Alia Anin Azwa Bakri ( catur ).
Kelab dan Persatuan terbaik : Persatuan rekacipta dan robotik.
Kelab Permainan terbaik : Kelab Hoki.
Johan Pertandingan Kawad Kaki : PKBM .

Syabas dan Tahniah kepada penerima anugerah dan seluruh warga MOZAC kerana telah menjayakan Hari Kokurikulum ini dengan jayanya.((:


No comments:

Post a Comment

Followers