Larian Merentas Desa 2011

Pada 4 November 2011, MOZAC telah mengadakan satu Larian Merentas Desa yang merupakan antara acara yang wajib disertai oleh seluruh warga MOZAC. Para pelajar berkumpul di court bola keranjang terlebih dahulu untuk mendengar taklimat mengikut rumah masing-masing sebelum bergerak ke padang sekolah. Tepat pada pukul 8.00 pagi, para pelajar berkumpul di padang sekolah bagi sesi memanaskan badan yang dikendalikan oleh ketua rumah dan timbalan ketua rumah. Para pelajar bersungguh-sungguh menghabiskan larian dengan bersungguh-sungguh bagi mengumpul mata rumah masing-masing. Setelah tamat larian, rumah bendahara telah disediakan air mangga dan roti. Setelah itu, para pelajar berkumpul semula di court bola keranjang bagi mendengar keputusan. Rumah Bendahara terpaksa mengalah sebagai kedua terbaik keseluruhan apabila Rumah Syahbandar sekali lagi muncul sebagai juara. Namun, tahniah kepada ahli Rumah Bendahara kerana bersungguh-sungguh dalam menghabiskan larian dan mengumpul mata bagi meningkatkan lagi prestasi yang telah dikecapi.

Berikut adalah keputusan larian :

Kategori Lelaki A 

Bendahara - 168 mata .


Kategori Lelaki B


Bendahara - 358 mata .


Kategori Lelaki C



Bendahara - 134 mata .

Kategori Perempuan Senior


Bendahara - 278 mata .

Kategori Perempuan Junior


Bendahara - 92 mata .

Keseluruhan


Bendahara - 1150 mata .

Tahniah diucapkan kepada Rumah Bendahara kerana dinobatkan sebagai  johan Kategori Lelaki B

dan Kategori Perempuan Senior.










No comments:

Post a Comment

Followers