Sambutan Maulidur Rasul 1432 H/2011 M

Pada 15 Feb 2011 bersamaan 12 Rabiul'awal 1432 H, Sambutan Maulidur Rasul 1432 H/2011 M peringkat 
sekolah telah diadakan dan dimulakan dengan Qiamullail pada pukul 5.00 pagi dan solat suybuh berjemaah. Tepat pukul 8.00 pagi, para pelajar dikehendaki berkumpul mengikut rumah masing-masing di hadapan bengkel KH dengan membawa sepanduk rumah. Sambutan diteruskan lagi dengan aktiviti di Dewan. Majlis ini dimulakan dengan ucapan pengetua diikuti oleh ceramah daripada Ustaz Rosfazlin bin Jusoh yang berpengalaman luas berkenaan isu di GAZA. Seterusnya diadakan bacaan ayat-ayat suci Alquran dan deklamasi sajak. Setelah itu, keputusan pertandingan sepanduk antara rumah diumumkan. 


Berikut merupakan keputusan tersebut: 

Johan            : Rumah Bendahara
Naib Johan   : Rumah Syahbandar
Ketiga          : Rumah Laksamana
Keempat      : Rumah Temenggung

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Rumah Bendahara atas kejuaraan ini dan kesungguhan BADRI dalam menjayakan majlis ini.


No comments:

Post a Comment

Followers