watikah pelantikan pemimpin 2011/12


Watikah Perlantikan pemimpin baru bagi sesi 2011/12 telah dijalankan di Dewan Sultan Muzaffar Syah, MOZAC. Majlis ini diadakan untuk melantik para pemimpin baru untuk meneruskan pimpinan MOZAC pada tahun hadapan. Dalam majlis ini, tujuh buah badan khas telah dilantik iaitu badan pengawas, majlis rumah, badan dakwah dan kerohanian islam (BADRI), pembimbing rakan sebaya (PRS), koperasi MOZAC (KOSMOZ), didikom dan pengawas pusat sumber (PPS). Secara rasminya, tampuk kepimpinan Bendahara diterajui oleh :


Ketua rumah Bendahara : Mohammad Natasha Azad


Penolong ketua rumah : Nurshazwana bt. Shamsudin.

Semoga mereka dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya dan menyambung kegemilangan BENDAHARA di bumi MUZAFFAR ini!!

No comments:

Post a Comment

Followers