Hari Sukan Sekolah 2011

Hari Sukan merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah. Pada tahun ini, Kejohanan Olahraga & Sukan Tahunan Kali ke 30 yang berlangsung di Padang Mozac telah dijalankan pada 26 Julai 2011. Tetamu kehormat pada kejohanan pada tahun ini ialah YDP Alumni SMSMS, En. Ali Kasimin. Pada hari tersebut acara 4x400m, 100m, 400m dan 4x100m untuk semua kategori telah dijalankan manakala acara-acara lain telah dijalankan beberapa hari sebelum itu. Kejohanan Olahraga & Sukan Tahunan Kali ke 30 dimulakan dengan perbarisan diikuti dengan bacaan doa dan bacaan ikrar kejohanan. Kejohanan diteruskan lagi dengan pertandingan sorak antara rumah. Pada akhir kejohanan, rumah Bendahara telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan untuk Olimpik Muzaffar Syah 2011. Selain itu, rumah Bendahara juga beroleh kemenangan yang besar seperti Johan Kategori Perempuan Senior, Johan Kategori Lelaki A, Tempat kedua pertandingan pasukan sorak dan Tempat ketiga pertandingan perbarisan.


persiapan Olmpik Muzaffar Syah 2011


maskot


komander

pasukan sorak

Diharapkan ahli rumah Bendahara mengekalkan kejuaraan yang telah diperolehi dan bersama-sama berganding bahu meningkatkan prestasi rumah dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Followers