Satu Murid Satu Sukan


Pada 3 & 4 November yang lalu, satu program yang dinamakan Satu Murid Satu Sukan telah dijalankan. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar tingkatan satu, dua, tiga dan empat. Objektif program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk beriadah dan bersukan. Para pelajar juga digalakkan untuk mahir sekurang-kurangnya satu sukan.
Para pelajar tingkatan 4 telah menjadi AJK urusetia dan fasilitator dalam program ini serta dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing. Setiap tingkatan diberikan permainan yang berbeza dan dibantu oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 sebagai pengurus pasukan.
Berikut merupakan pembahagian kumpulan untuk program itu.

Rumah sukan
Tingkatan
Permainan
Syahbandar
Satu
Bola tampar
Bendahara
Dua
Bola keranjang
Temenggung
Tiga (Perempuan)
Bola jaring
Laksamana
Tiga (Lelaki)
Ragbi

Pada 3 November, teori dan praktikal dijalankan manakala pada 4 November pula, pertandingan dijalankan. Para pelajar tingkatan satu, dua dan tiga bertanding mengikut kelas masing-masing.
Berikut merupakan keputusan pertandingan yang dijalankan :

Bola Keranjang-Bendahara
Lelaki
  1. 2 Omega
  2. 2 Beta
  3. 2 Alpha
  4. 2 Sigma
Perempuan
  1. 2 Omega
  2. 2 Alpha
  3. 2 Beta
  4. 2 Sigma













Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat khususnya kepada para pelajar untuk mempunyai kesedaran tentang kepentingan bersukan dan beriadah. 

No comments:

Post a Comment

Followers